Sunday 10 March 2013

Pujiaan adalah buruk, cacian adalah baik untuk kita

(1) Jangan memuliakan orang, kita kena memuliakan Allah. Bila cakap, kita kena puji Allah, segala puji bagi Allah yang buat awak baik, segala puji bagi Allah yang buat awak cantik. Sebab itu surah fatihah dimulai dengan segala puji bagi Allah. 


(2) Paling Allah tak suka mengangkat diri, berlagak, rasa diri bagus. Kibir sangat- sangat bahaya. Bila kita selalu puji atau angkat seseorang maka ia akan dapat penyakit kibir.

(3) Jangan puji orang, tapi susah untuk kita tak puji orang. Dan susah untuk mengaku diri bodoh, selama ini selalu dipuji dan kita diberi kelebihan, daripada sekolah sentiasa cemerlang, jadi nak buang rasa diri pandai, bijak, bagus, amatlah susah. 

(4) Segala puji hanya untuk Allah, surah alfatihah, tiap-tiap hari kita baca. Allah bagitahu pada kita, puji Allah sahaja.


(5) Nabi Muhammad saw bagitahu bila orang puji kita, buruknya pujian itu seumpama patut kita baling pasir pada dia. Orang itu telah berbuat tak baik pada kita. 

(6) Semua manusia suka dipuji dan tak suka dikeji. Sebenarnya pujian adalah buruk untuk kita dan kejiaan adalah baik untuk kita. Tapi umumnya manusia tak boleh nak terima kejiaan itu adalah baik untuk kita.

(6) Orang caci kita, kita diam sahaja sebab dia buat baik pada kita. Bila orang puji sebenarnya dia buat buruk pada kita.

(7) Kadang kita diberi isteri yang selalu kritik,komen, kutuk dan keji kita, sebenarnya baik untuk kita. Bila diluar kita selalu dipuji, bila balik rumah dimarah, dikeji oleh isteri, baik untuk kita supaya tidak merasa diri tinggi. Allah yang bagi bini macam itu untuk hilangkan sifat riyak dan kibir.

(8) Orang yang tak puji kita dia buat baik pada kita, sapa yang keji kita, rendahkan kita itu baik untuk kita dan dia adalah ubat. Ubat memang pahit. Kalau kita suka makan ubat itu kita akan sihat. 

(9) Bila orang keji, kita marah, umpama kita tak nak makan ubat, maka tak sihat lah. Riak, kibir tak hilang.

Sebahagian daripada kuliah selepas subuh Prof Dr Nasoha Saabin @greenwood gombak 6/3/2013

No comments:

Post a Comment