Friday 5 July 2013

Takut mati adalah syirik

(1) Takut mati tidak ada logik, takut adalah syirik, takut yg dikehendaki Allah adalah takut Allah shj. Semua jenis takut adalah tekanan yang takde tekanan adalah takut Allah shj.Takut duit tak cujup tu semua tekanan, kena hilangkn semua tekanan, tinggal satu jer iaitu takut Allah shj, takut lain2 kena hilangkan, bila beriman hanya takut Allah shj. Itulah taqwa iaitu syg Allah sehingga takut utk buat Allah murka. Mcm org syg sgt bini takut buat bini marah. Takut bini syg bini shgga takut bini marah itu bkn taqwa tp itu mpersekutukan Allah. Sapa yg takut bini, mempersekutukan Allah, takut hantu mempersekutukan Allah. Tiada yang ku takut melainkan Allah. Tiada yang ku cinta melainkan Allah. Kena di dgr dan di ckp berulang2 kali hari-hari. Yg masukkan kalimat2 ini ke dlm hati adalah Allah,  kaedahnya kena ckp hari2.

Mengucap sahaja tak boleh masuk syurga

(1) Siapa shj mati tak beriman akan diazab. Bukan ucap kalimah boleh masuk syurga. Allah tgok amal dan beriman, kalau mengucap jer boleh masuk syurga senang sgtla, tak payahla buat amal, masa nak mati mengucap byk2. Syarat masuk syurga adlh iman dan amal. Nabi akhir kalam ucap ummati ummati bukan ucap kalimah, knpa nabi tak mengucap. Hadis yg kata akhir kalam ucap kalimah masuk syurga itu hadis palsu.Katalah kita buat dosa, lepas tu akhir kalam mengucap.

Mati itu pasti

(1) Perjalanannya sampai mati, mati jer akhir jln, sampai penghujungnya. Tp kalau jln yg luas itu, mati shj azab. Bermula dgn azab sakaratul maut, dtg malaikat maut yg sgt hodoh. Kalau lihat muka hodoh malaikat maut itu shj pun sudah cukup azab.

Jalan yang lurus adalah sempit dan penuh dengan mujahadah

(1) Siapa yg bjln di jln amal ini dia akan sampai, yg bhenti tgh jln dia akn lingkup. Nak bjln di jln yg lurus bkn senang kena mujahadah. Allah bgtahu jln tu sukar. Bila sukar mmg sukar betul lah. Allah bgtahu siapa yg ikut jln sukar ini berjaya. Sedikit yg ikut jln sukar, setengahnya dah tengah jln bhenti, sbb tu tak bjaya.

Wednesday 3 July 2013

Allah menentukan nasib kita mengikut amal kita

(1) Allah swt tentukan suatu perkara berlaku ikut amal kita, bila amal baik Allah tentukan baik, kalau amal buruk, Allah tentukan azab.

Tuesday 2 July 2013

Cinta dunia punca keburukan

(1)  Allah swt bgtahu dlm quran mereka yg bjaya adalah mereka yg beriman dan beramal soleh. Allah lihat iman dan amal, hati dan amalan, bila solat subuh di rumah kita dah berada jauh dr Allah, selama ini solat bjemaah, apalagi bangun bila matahari naik, makin jauh kita drpd Allah. Dulu kita jmpa org ajak kpd Allah skrg dah tak buat, sibuk outstation ke sana ke mari, bila kita jauh dr sunnah, kita jauh dr Allah.

Friday 5 April 2013

Perangai manusia dipengaruhi oleh kerja

(1) Jangan berurusan dengan orang yang detail, contohnya orang yang kerja surveyor sangat detail, ketepatan 0.01. Sebab kerja dia surveyor, perangai dia macam surveyor, perangai manusia juga dipengaruhi oleh kerja dia, macam doktor dia buat betul-betul perfect, dia akan tengok sebab, baru boleh rawat.

Allah yang menghidupkan dan mematikan

(1) Allah swt, Dia yang bagi hidup dan mati, kita sekarang segar bugar, satu hari tua, lama-lama hilang. Anak kita besar, muda, kemudian tua, lama-lama hilang. Ini keadaan manusia, tapi bila muda lupa satu masa akan tua dan tak bertenaga.

Tuesday 26 March 2013

Orang sakit tapi tidak mengaku sakit..

(1) Semalam ada pesakit menatal, dia kata dia tak sakit dia tak nak berubat dan tak jawab soalan, tidak memberi kerjasama dengan doktor, dia tak kan sembuh dan Allah tak akan sembuhkan dia. Kasihan, datang dari Johor datang dengan mak dia, nenek dia, kakak dia, belajar di sek agama, diploma usuluddin dan belajar di pondok di melaka. Bila sakit macam mana nak belajar, lepas tu taknak makan ubat, taknak berubat, kesudahannya gila la jawabnya. Tentu mak dia sedih, mak dia dah usaha, tapi anak yang tidak mahu mengaku sakit dan tidak mahu berubat.

Saturday 16 March 2013

Maksud hidup kita nak Allah sahaja

(1) Kita punya maksud hidup nak Allah sahaja, bukan nak dua-dua, sedikit nak dunia pun tak boleh Allah tak suka, kalau nak Allah buat kerja nabi ni betul-betul.

Batil hancur dengan kerja nabi

(1) Tuhan kita dan tuan kita adalah Allah, tiada tuan melainkan Allah, yang cakap ketuanan melayu, ini semua jahil. Pilihanraya tidak ada, saya dah cakap setahun lepas.

Asas yang semua orang kena belajar

(1) Basic yang semua orang kena belajar, yang belum belajar-belajar lagi iaitu kalimah. Gurunya adalah buat kerja menunaikan hak kalimah dan kena buat kerja ini berulang-ulang kali, dengar dan cakap berulang-ulang kali.

Guru paling baik adalah bercakap dan mendengar berulang-ulang kali percakapan yang baik


(1) Guru paling baik adalah bercakap dan dengar berulang-ulang kali percakapan yang baik. Guru paling baik bukan orang, guru paling baik adalah amalan cakap dan dengar berulang-ulang kali. Kalau nak belajar kalimah cakap dan dengar ulang kali, kalau nak belajar fatihah kena dengar dan cakap berulang-ulang kali.

Langgar perintah Allah, Allah murka


(1) Tapi melanggar perintah Allah itu tak boleh buat Allah suka. Tak boleh. Tinggalkan kerja nabi untuk urusan dunia tak boleh, dunia benda rendah.Ini semua jahil, ikut nafsu, konon langgar perintah Allah untuk sukakan Allah, mana boleh, kena ikut cara nabi Muhammad saw.

Orang yang paling bijak ialah orang yang selalu ingat mati dan bersedia untuk mati


(1) Nabi Muhammad saw bagi tahu orang yang paling bijak ialah orang yang selalu ingat mati dan bersedia untuk mati. Orang sulu tak takut mati sebab lepas mati dia kata tidak ada apa-apa. Mereka mati dengan hina, jenazah tak di solatkan, terus masuk dalam kubur.

Orang yang berjaya adalah mereka yang berkata Allah adalah pemelihara dengan hati dan istiqomah

(1) Allah bagitahu mereka yang berjaya adalah mereka yang berkata Allah adalah pemelihara dengan hati dan istiqomah. Tanda nya adalah taat perintah Allah. Bila buat kerja nabi lepas itu cuti, itu tanda tak istiqomah, buat kerja nabi tak boleh cuti, malainkan mati sahaja.

Tuesday 12 March 2013

Taubat nasoha (bersungguh-sungguh)

(1) Taubat kena buat betul-betul, menangis bengkak mata, tersedu-sedu. Dosa jadi penghalang kebaikan, untuk hilangkan dosa, maka kena bertaubat dan istighfar. Untuk buat taubat kena humble, merendahkan diri tapi banyak orang tak nak merendahkan diri depan Allah.

Manusia cuba selesaikan masalah

(1) Manusia nak selesaikan masalah dia, hari-hari fikir, satu individu, satu keluarga, satu daerah, satu negeri, satu negara, satu dunia. Macam-macam masalah, masalah makanan,.air,  keperluan dan lain-lain. Dalam hidup ini manusia berterusan nak selesaikan masalah. 

Sunday 10 March 2013

Kenapa takut dakwah rumah ke rumah?

(1) Bila kita pergi dakwah, cara nabi, kita kena pergi semua rumah, jangan pilih rumah. Kalau kita pilih rumah memang kita tak pilih lah rumah orang yang marah kita. Semua ini Allah bagi sebagai ubat.

Merasa diri buruk adalah baik, merasa diri baik adalah buruk

(1) Kita rasa kita lebih baik daripada orang lain, kita bagus daripada orang lain, inilah namanya riak dan kibir. Bila kita selama ini menyangka diri bagus, baik, jadi bila diberitahu awak adalah paling bodoh maka susah nak terima.

Kelebihan adalah dugaan..

(1) Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan untuk menduga kita dan kita gagal dengan dugaan itu maka kita dapat riyak dan kibir.

Pujiaan adalah buruk, cacian adalah baik untuk kita

(1) Jangan memuliakan orang, kita kena memuliakan Allah. Bila cakap, kita kena puji Allah, segala puji bagi Allah yang buat awak baik, segala puji bagi Allah yang buat awak cantik. Sebab itu surah fatihah dimulai dengan segala puji bagi Allah. 


(2) Paling Allah tak suka mengangkat diri, berlagak, rasa diri bagus. Kibir sangat- sangat bahaya. Bila kita selalu puji atau angkat seseorang maka ia akan dapat penyakit kibir.

(3) Jangan puji orang, tapi susah untuk kita tak puji orang. Dan susah untuk mengaku diri bodoh, selama ini selalu dipuji dan kita diberi kelebihan, daripada sekolah sentiasa cemerlang, jadi nak buang rasa diri pandai, bijak, bagus, amatlah susah. 

(4) Segala puji hanya untuk Allah, surah alfatihah, tiap-tiap hari kita baca. Allah bagitahu pada kita, puji Allah sahaja.

Allah sebaik-baik pentarbiyah

(1) Allah tarbiyah kita sehingga kita rasa kita paling bodoh. Selama ini kita rasa kita paling pandai sebab daripada kecik bijak, lepas tu semua orang puji, susah untuk kita buang perasaan kita pandai, bijak. 

Saturday 9 March 2013

Allah bagi kecelakaan kerana kesan perbuatan diri sendiri

(1) Kecelakaan, malapetaka datang daripada kesan perbuatan diri kita sendiri, di indonesia, afrika banyak aids. Dah lah miskin, banyak aids pulak. Anak-anak orang kulit hitam di us bukan nak sekolah, tapi buat jenayah, kemudian masuk jail. Dalam jail ada makan, senang. Banyak duit diperlukan untuk jaga orang-orang yang bermasalah seperti ini dan duit ini hasil daripada cukai. Daripada banduan ini apa-apa hasil pun takda, takda kerja, keluar penjara buat jahat lagi, masuk penjara lagi, jadi penjara kena dibesarkan sebab nak tampung orang-orang yang hidup penuh bermasalah. 

Kenapa berlaku rasuah..

(1) Di Indonesia nak dapat kerja susah, sebab ramai yang minta kerja. Bila ramai maka banyak berlaku rasuah. Orang ramai kerja sedikit. Bila dia dah kerja dengan kerajaan sebagai polis dan tentera contohnya takkan dia tak minta rasuah sebab untuk dapatkan kerja dia dah banyak habis duit untuk rasuah. Rasuah berlaku bila mana peluang kerja terhad tapi yang minta kerja terlalu ramai. Dii singapore gaji banyak, jadi dia tak heran bila orang nak rasuah. Kalau nak rasuah banyak baru dia terima. Jadi rasuah kurang di singapore, di malaysia tak teruk macam di indonesia, tapi bila sesekali bila takda duit maka ambil juga. 

Di dunia bukan tempat untuk bahagia..

(1) Manusia inginkan kebahagiaan, keseronokan, kesenangan, ada benda, itu kehidupan yang dia nak, tapi Allah buat kehidupan itu di syurga. Siapa yang nak kehidupan itu dia kena diduga di dunia dengn perintah-perintah Allah, jadi dia kena taat.

Satu usaha betul, satu usaha salah..

(1) Umumnya manusia buat usaha, satu buat usaha salah, satu buat usaha betul. Peraturan Allah, kita kena buat usaha, usaha itu perintah Allah. Allah beri pada manusia ikut usaha yang dibuat oleh manusia tersebut.

Tuesday 5 March 2013

Allah yang mengubah keadaan

(1) Susah untuk cari duit di indonesia, ada berapa ramai competition. Di malaysia tidak ada beca, lepas ini motor pun takda, yang selesa adalah kereta, train laju, keliling KL ada train bawah tanah. Negara maju tak boleh banyak kereta tapi kena banyak train.

Sakit untuk ampun dosa..

(1) Tiada yang buat melainkan Allah, tiada yang buat saya sakit melainkan Allah. Kita kena tanya kenapa saya sakit. Sakit itu adalah kafarah untuk ampun dosa. Kalau nak sihat jangan berdosa. Satu lagi sakit para nabi, naib nabi dan orang-orang soleh adalah untuk naikkan darjat.

Monday 4 March 2013

Allah beri hadiah solat selepas buat kerja..

(1) Solat isyak di masjid al- aqsa dengan roh nabi-nabi dan nabi jadi imam. Ada batu nak ikut tapi tak boleh naik sebab itu ia tergantung. Orang yahudi takut batu itu jatuh dia letak simen, padahal dia tak jatuh. Itulah sejarah nabi naik dengan buraq dan malaikat jibril, sampailah malaikat jibril tak boleh ikut. Langit pertama ke langit ke tujuh kemudian ke sidratul muntaha kemudian atas lagi. Tak perlu oksigen. Bila jumpa Allah. Allah kurniakan solat setelah buat kerja mengajak manusia kepada kebaikan cegah manusia daripada kemungkaran.

Kehidupan dunia sebentar sahaja

(1) Kehidupan ini sebentar sahaja, kita sebenar hidup di alam lain, mati ini untuk pindah dari alam dunia ke alam satu lagi. Seperti mana kita diberi nyawa dalam perut ibu sewaktu berusia 4 bulan, kita tak tahu macam mana alam dunia. Mati adalah untuk pindah ke alam lain kemudian kita hidup di alam lain, sekejap sahaja mati roh itu di pindahkan daripada jasad dunia ke jasad lain yang lebih sesuai. Roh dibawa mengadap Allah. Roh yang busuk takda malaikat yang nak bawa, yang wangi dibawa ke atas dan ditentukan tempatnya sama ada syurga atau neraka.

Sunday 3 March 2013

Bagaimana mencegah mungkar perjudian dan pelacuran

(1) Hawkers di jalan petaling semua kaki judi. Lim goh tong tahu ini adalah big bisnes, Jadi dia mintak tanah pada Tunku Abdul Rahman dan buat pusat perjudian di Genting Highland. Walaupun orang marah tapi perniagaanya maju. Sekarang ini ramai orang datang ke sana. Daripada Singapura pelancong-pelancong datang Genting terus.Jika teksi bawa mereka ke Genting untuk berjudi maka rezeki itu tidak halal. Pemandu teksi kena tanya pergi genting untuk apa? Kalau untuk berjudi rezeki itu adalah haram. Jika ke Genting untuk bersiar-siar tak pa. Duit haram tak boleh guna untuk makan, guna untuk tayar boleh, tapi silap-silap tayar itu pun tak tahan lama, boleh meletop. Pendapatan haram tak boleh di makan dan jangan di campur-campur yang halal dan haram sebab dia akan jadi darah daging. 

Pendapatan kakitangan kerajaan tidak halal

Pendapatan orang yang bekerja dengan kerajaan tidak halal. Banyak cukai-cukai yang haram seperti cukai rokok, judi, arak bercampur dan daripada sumber itu dibayar gaji kepada kakitangan kerajaan. Bila diguna untuk makan maka jadi darah daging yang haram. Doa tak boleh kabul. Orang suka kerja dengan kerajaan. Patut pendapatan negara kena terbahagi kepada dua, satu pendapatan yang halal dan satu lagi pendapatan yang haram. Jangan dicampurkan. Pendapatan yang halal diguna untuk bayar gaji kakitangan dan pendapatan tidak halal diguna untuk buat jalan, tandas, padang, futsal dan kelengkapan lain.

Friday 1 March 2013

Duit tak boleh bagi faedah

(1) Sebenarnya duit tak boleh bagi faedah, kertas sahaja, mana ada harga. Duit sama dengan emas, bank dah ambil emas dan bagi kita kertas, duit itu tidak ada harga, yang berharga emas. Siapa yang simpan duit dalam bank tak keluar-keluar, dia tak dapat faedah daripada duit tersebut. Macam negara US, takda simpan emas, dia cetak berapa dia suka. Tapi masih orang guna juga duit dia sebab orang percaya pada duit dia. 

Kumpulan sedikit mengalahkan kumpulan ramai

(1) Allah swt kata berapa banyak kumpulan sedikit mengalahkan kumpulan yang ramai. Kalau ikut teori kumpulan yang banyak akan kalahkan yang sedikit. Kumpulan sedikit kalahkan kumpulan yang banyak outset the theory. Sebab itu orang nak banyak ahli, orang bekerja keras untuk ahli. Umno ada ahli 3 juta, pas ada 1 juta ahli, mereka rasa bila banyak ahli maka kuat. Ini teori dia, sebab itu manusia buat manusia lain suka supaya mereka akan join dan masuk kumpulan mereka. Apa manusia suka? Dapat harta, wanita, pangkat, dan harta.

Thursday 28 February 2013

BR1M bukan dakwah, bukan hadiah..

(1) Ustaz-ustaz banyak bagitahu jangan sempitkan faham dakwah, dakwah ini luas. Ini perkataan biasa kita dengar, bagi duit pun dakwah, perang pun dakwah, rimas saya dengar. Ustaz kata dengan perang ini dakwah, perang adalah jihad maksudnya qital, macam mana kata itu dakwah? Dakwah ini adalah menyeru, mengajak manusia pada Allah dengan perkataan dan Allah bagitahu perkataan, bukan peperangan. Ini ustaz cakap bagi duit pun dakwah.

Tuesday 26 February 2013

Yang benar itu pahit, yang salah itu lazat

(1) Kalau kita nak kenal satu orang kita kena safar (bermusafir) dengan dia selama 3 hari (Umar R.Anhu). Kalau kita tak pernah bersafar selama 3 hari memang kita tak kenal satu orang. Dalam safar ini agak stress, banyak mengalami ketidakselesaan contoh keadaan panas, sejuk dll. Dalam keadaan itu banyak perangai-perangai buruk akan keluar. Dalam keadaan biasa manusia boleh berpura-pura baik. 

Belajar agama dengan buku atau kitab???

(1) Belajar agama dan belajar iman ini bukan dengan buku. Boleh ke belajar agama dan iman dengan buku? Bayangkanlah, belajar iman dan agama bukan macam belajar lain. Belajar di masjid guna buku, belajar di madrasah guna buku, tapi sahabat nabi belajar tidak guna buku pun?

Sunday 24 February 2013

Manusia suka kepada kehidupan lazat

(1) Semua manusia suka dengan kehidupan lazat, seronok sebab tu Allah cipta syurga. Ada manusia yg mahu menjadikan kehidupan dunia spt syurga.

Allah jadikan manusia supaya manusia cinta dan sayang kepada Allah

(1) Allah maha penyayang dan Allah jadikan manusia maksudnya supaya manusia cinta dan syg pd Allah, tapi manusia bukan syg Allah tapi syg manusia atau makhluk lain. Allah marah tak? Sama ada Allah matikan org yg disayang itu atau Allah pisahkan supaya dia syg Allah. 

Allah beri kepada manusia perintah2 Nya

(1) Allah swt beri kita perintah, ada perintah yg suruh kita buat, ada perintah yg Allah tak suruh kita buat.

Saat berada di depan neraka

(1) Saat berada di depan neraka semua kelazatan, kesenangan di dunia semuanya lupa. Saat berada di depan syurga semua kesusahan, keperitan di dunia semuanya lupa. Kelazatan dan kesenangan dunia hanyalah menipu.

Di dunia Allah beri peluang.

(1) Di dunia Allah bagi kita peluang, Allah yang buka peluang untuk kita buat baik atau buat buruk, dan kita diberi pilihan untuk pilih buat baik atau buruk. Atas pilihan itu kita akan dapat kesannya.

Kenapa manusia keluh kesah

(1) Keluh kesah diberi kpd manusia bila buat dosa dan dosa paling besar tinggal kerja nabi iaitu hak rukun islam pertama, itulah tangkapan Allah.

Agama adalah solat

(1) Agama ini adalah solat. Jika nak tengok agama satu orang, mula-mula tengok solat dia. Kalau solat pun tak betul macam mana ada agama dalam diri seseorang.

Allah hidupkan agama dengan hantar nabi

(1) Allah hidupkan agama dgn hantar nabi2, Allah tak hantar doktor, engineer. Nabi dikenal dengan kerja. Nabi datang dengan kerja nabi. Kalau doktor tak buat kerja merawat maka bukanlah doktor. Begitu juga org mengaku nabi tapi tak buat kerja nabi maka bukanlah nabi.

Gaji tak cukup?

(1) Gaji naik tak cukup jgk sbb yg bagi cukup adalah Allah bukan gaji. Gaji tambah, duit takda jgk, paham atau tak paham yg benar lailahaillah, tiada yang boleh buat melainkan Allah. 

Allah beri perintah

(1) Allah swt beri kita perintah, ada perintah yg Alah suruh kita buat, ada perintah yg Allah tak suruh kita buat.

Laporan Kerja Amal Maaruf Nahi Mungkar di Aceh Tenggara dan Danau Toba

Destinasi: KL->Medan->Desa Lawe Loning->Pulau Samosi->Parapat->Medan->KL

Tarikh: 1/2/2013 – 5/2/2013