Tuesday 26 February 2013

Belajar agama dengan buku atau kitab???

(1) Belajar agama dan belajar iman ini bukan dengan buku. Boleh ke belajar agama dan iman dengan buku? Bayangkanlah, belajar iman dan agama bukan macam belajar lain. Belajar di masjid guna buku, belajar di madrasah guna buku, tapi sahabat nabi belajar tidak guna buku pun?


(2) Besar dan banyak buku yang mereka gunakan. Ustaz-ustaz yang belajar di pakistan bila balik bawa satu bilik buku. Kita banyak buku, tapi iman dan agama takda. Sahabat yang belajar agama, satu buku pun takda, tapi mereka beriman dan ada agama.

(3) Kita yang belajar guna buku tapi takda agama, ini maknanya cara kita itu salah. Cuba fikir, kenapa banyak buku dah baca tapi agama takda lagi. Sahabat belajar agama takda madrasah, dan takda buku. Macam mana nabi nak guna buku, membaca dan menulis pun nabi tak tahu.

(4) Kamu belajar pakai buku? Nabi ajar agama  tak pakai buku, sahabat belajar agama tak pakai buku. Hari ini di masjid ini, pakcik-pakcik bawa buku, agama takda, tukar buku ke satu buku lain, agama tetap takda. 

(5) Asas agama  adalah iman. Kalau iman takda bacalah berapa banyak kitab atau buku sekalipun takkan paham. Bermacam-macam kitab yang diguna, belajar sifat 20 dengan pakai kitab tapi iman takda, dah berpuluh kitab khatam. Satu agama pun takda sebab asas takda. Inilah jadinya ilmu itu jadi informasi sahaja.

(6) Orang yang hantar anak ke madrasah adalah orang yang jahil dan dungu, termasuklah yang buka madrasah. Maulana Ilyas (rah.alaihi) berhenti daripada usaha madrasah, madrasah beribu tapi satu orang pun takda agama. Maulana Ilyas dah behenti madrasah tapi orang-orang tabligh buka madrasah.

(7)Nabi Muhammad SAW ajar sahabat iman tanpa buku. Kita banyak buku tapi iman takda, agama takda, baik bakar sahaja buku-buku dan kitab-kitab. Tinggalkan quran dan hadis sahih sahaja, itu pun dah cukup, tak perlu buku-buku atau kitab-kitab. 

(8) Belajar agama ini macam belajar iman berulang-ulang kali cakap. Itulah belajar iman, guru paling baik adalah bercakap berulang kali, itulah teknik yang nabi pakai, Allah suruh pakai, lagi dan lagi. 

(9) Zaman sahabat semua orang buat dakwah ajak yang belum islam masuk islam. Oleh kerana orang islam hari ini tak sampaikan kalimah maka sebab itu kena jumpa juga orang islam bagitahu tentang tanggungjawab kalimah dan berulang kali cakap kalimah, lagi dan lagi, itu kaedah yang Allah gunakan. Itu yang al-fatihah Allah suruh ulang kali cakap, ulang-ulang kali, lailahaillalah ini ulang kali cakap. Cara cakap ulang kali itu macam mana? Bukan cara orang tarekat berzikir tapi cara nabi, daripada rumah ke rumah, lorong ke lorong, orang ke orang, yang belum islam diajak mengucap, yang dah islam diingat tentang kalimah dan diajak taat perintah Allah.

(10) Bila ada iman tak perlu kitab, dengar sahaja terus boleh amal. Bila dah tahu ajar orang lain. Hari ini iman takda, belajar ke, dengar ke, baca ke semua tak amal. Banyak yang tahu tapi semua tak amal.

(11) Basic pun kita tak amal, kenapa? Sebab belajar agama pakai buku, kitab. Belajar iman pakai kitab tak seperti nabi dan sahabat belajar iman. Saya cabar ustaz-ustaz, nabi dan sahabat belajar iman dengan kitab sahaja ke? kenapa ustaz-ustaz hari ini konon nak belajar iman dengan cara belajar sifat 20? kalau kamu belajar macam ini sampai bila tak dapat iman, sampai mati tak dapat iman. Kita ini semua buta, yang celik adalah Nabi Muhammad saw, jadi kita kenalah ikut orang yang celik, jangan ikut cara sendiri. Bila ikut cara sendiri jadi jahil dan buka madrasah. Iman dan agama tidak boleh belajar dengan madrasah. Iman dan agama kena belajar cara nabi Muhammad saw.

(12) Nabi mengajar dan dia buat, bukan macam tok guru sekarang. Ajar tapi tak buat, atau dia tak ajar sebab dia tak buat. Contoh ustaz nak ke pergi rumah ke rumah? Taknak. Dia nak buka kitab sahaja. Lepas belajar kitab, di panggil alim. Alim adalah orang yang tahu apa yang Allah mahu. Ustaz hari ini tahu apa yang dia mahu sahaja, tak tahu apa yang Allah mahu. Inilah jahil.

(13) Ustaz-ustaz hari ini mengajar nak duit. Satu orang ustaz mengajar di masjid simpang 3, bila jemaah masjid bagi dia RM100, dia kata, untuk duit minyak kereta dia pun tak cukup, yerla pakai mercedes, dia mahu dalam 300 ke 400. Pendapatan masjid tersebut 7 ribu sebulan pun tak cukup sebab nak bayar ustaz-ustaz berceramah, maka kena buka tuisyen. 

(14) Kita kena ikut macam nabi, mula-mula sekali belajar iman. Ada yang Allah dah bagi permata, Allah bagi kerja nabi, tapi bila balik Indonesia buang kerja nabi dan cari dunia. Inilah orang paling jahat, dapat kerja nabi, buang. Di indonesia hidup miskin, makan pun ayam sekali setahun. Kerja bawa beca, kadang ada duit, kadang takda duit, gaji tak naik, harga barang naik.

(15) Jalan highway atau jalan biasa bukan untuk racing, sebab jalan itu berbeza daripada litar lumba. Jalan highway atau jalan biasa ada bumping berbeza dengan litar sepang, licin macam gelas, patutlah mahal, sekali nak guna untuk racing dalam RM300. Mat rempit mereka jahil tak tahu bila bawa motor laju-laju di jalan highway atau biasa akan melantun atau terangkat. 

(16) Di indonesia memang tak boleh racing sebab itu tidak ada mat rempit, sebab jalan berlubang-lubang. Ambil masa lama bukan sebab jauh tapi jalan macam sawah padi, ada kolam air, kerajaan pun tak baiki. Jika baiki berlubang lagi, lori besar lalu, jalan tersebut untuk jalan kereta biasa, patutnya jalan dibuat ikut standard yang boleh dilalui lori besar, buat untuk heavy vehicle. Kena ikut standard dia, kalau nak buat jalan fastrack takda bumping, high quality.

(17) Di Indonesia dah 66 tahun merdeka tapi pencapaian dia macam 2 tahun merdeka. Di sana sibuk berkempen nak cari pemimpin bagus tapi takda pemimpin yang bagus, sebab semuanya tak bagus. Buatlah pilihanraya tapi kalau semuanya tak bagus, dapat pemimpin yang tak bagus. 

(18) Bila usaha nabi takda, sistem apa pun tak jalan. Sistem demokrasi, monarki, sistem islam semua tak jalan sebab bukan sistem tapi kerja nabi kena dibuat. Umat islam dah tak buat kerja mengajak manusia pada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran. Semua kerja yang kita buat jadi tak betul bila kerja amal maaruf ditinggal. Bila kerja ini ditinggal Allah dan nabi sangat marah sehingga doa tidak dikabul, mohon bantuan Allah tak bantu, Allah akan hantar azab pada umat Islam. 

(19) Yang kita hendak adalah Allah sayang kita. Untuk Allah sayang kita kena taat perintah Allah, perintah pertama menunaikan hak kalimah iaitu mengajak manusia pada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran. Jelas dalam Al-Quran ayat-ayat yang menyuruh kita buat. Jemaah tabligh cuba bagi ayat quran Allah suruh keluar 3 h, 40H dan 4B untuk kuatkan iman? Benda buruk kita kena bagitahu, tapi jemaah tabligh marah. Tak suka ditegur, sebab apa? sebab riak, merasa diri bagus. 


Kuliah selepas subuh 25/2/2013 oleh Prof Dr Nasoha Saabin @greenwood gombak via skype

No comments:

Post a Comment