Saturday 16 March 2013

Orang yang paling bijak ialah orang yang selalu ingat mati dan bersedia untuk mati


(1) Nabi Muhammad saw bagi tahu orang yang paling bijak ialah orang yang selalu ingat mati dan bersedia untuk mati. Orang sulu tak takut mati sebab lepas mati dia kata tidak ada apa-apa. Mereka mati dengan hina, jenazah tak di solatkan, terus masuk dalam kubur.

(2) Tidak ada yang tahu tarikh mati. Orang yang paling Allah tak suka orang tua yang tak ingat mati dan suka bergaya, sibuk nak kawin lagi dan bergaya, tapi tak boleh nak sedar sebab isteri muda, jadi kena selalu bergaya muda.

(3) Ingat mati dan bersedia untuk mati, ingat mati ini menghilangkan lazat dunia. Dr Richard Teo daripada Singapore bila di diagnose sakit cancer  terus lazat hilang, harta, kereta, rumah, kawan-kawan, keluarga masa itu rasa tidak ada nilai. Lepas itu barulah sibuk nak buat amal baik.
(4) Manusia ini akhirnya akan mati juga, tapi macam-macam perancangan manusia buat untuk tambah duit, manusia kata kita kena usaha, usaha.Tapi usaha tak boleh bagi duit, yang bagi duit adalah Allah, byk kerja bukan boleh tambahkan pendapatan, tambah kerja pendapatan sama sahaja. Duit ini apa yang Allah bagi cukuplah, tak payah nak tambah-tambah kerja, yang perlu risau adalah Allah suka atau tak suka. Ini maksud orang beriman, apa sahaha yang di buat untuk buat Allah suka.

Sebahagian daripada kuliah selepas subuh Prof Dr Nasoha Saabin @greenwood gombak via skype 8/3/2013

No comments:

Post a Comment