Sunday 24 February 2013

Laporan Kerja Amal Maaruf Nahi Mungkar di Aceh Tenggara dan Danau Toba

Destinasi: KL->Medan->Desa Lawe Loning->Pulau Samosi->Parapat->Medan->KL

Tarikh: 1/2/2013 – 5/2/2013



(1)Salah seorang daripada sahabat kita iaitu Diki Andi Satria yang pernah tinggal di Greenwood, Gombak dan pernah membuat kerja nabi, beliau kini tinggal di Desa Lawe Loning Hakhapen, Kecamatan Lawe Sigala Gala, Kab...upaten Aceh Tenggara, Indonesia. Beliau telah meminta satu jemaah dihantar ke sana bagi membuat usaha ke atas orang islam dan bukan islam.

(2)Dengan izin Allah satu jemaah daripada Malaysia, Brunei dan Indonesia telah dibentuk seramai 21 orang yang diketuai oleh Prof Dr Nasoha Saabin. Senarai ahli jemaah yang lain adalah Zahari, Yazid, Rasyidi, Ishak,dan Asfani (Greenwood, Gombak), Azdi, Zubair, Hanzalah dan Muzakkir (Kajang), Dr Samad (Melaka) dan Dr Kameil (Skudai) dan Mohd Rizal (Brunei). Daripada Bengkulu, Indonesia adalah Ghafar, Gusti, Jaya, Arhab, Aslam, Hussin, Rusmin, dan Ardy (pemandu). Mohd Rizal daripada Brunei telah datang awal sehari untuk bergabung dengan jemaah daripada Malaysia.

(3)Mereka yang pergi adalah mereka yang telah jadikan kerja nabi sebagai kerja mereka dengan memberi masa hari-hari sekurang-kurangnya 45 minit di tempat mereka untuk buat dakwah kepada yang bukan islam dan mengingatkan yang Islam. Kami bukanlah daripada Jemaah Tabligh dan segala perbelanjaan adalah ditanggung sendiri.

(4)Mengikut perancangan awal jemaah daripada malaysia akan menaiki flight ke Medan kemudian bergabung di Medan dengan jemaah daripada Bengkulu sebelum meneruskan perjalanan ke Aceh Tenggara menggunakan jalan darat yang dijangka dalam 7 jam. Jemaah daripada bengkulu menaiki MPV dan melalui jalan darat yang mengambil masa 2 hari untuk ke Medan. 

(5)Walaubagaimana pun, dengan izin Allah berlaku kerosakkan ke atas kenderaan jemaah bengkulu di mana drive shaft kenderaan mereka telah patah dan menyebabkan kelewatan selama 4 jam dalam membaiki kerosakkan. Justeru jemaah kami terus ke Aceh Tenggara tanpa jemaah bengkulu dan bertemu di Desa Lawe Loning.

(6)Semasa kami tiba di Polonia International Airport, Medan kami telah disambut oleh Diki dan kami menaiki 2 MPV, satu MPV dinaiki 8 orang termasuk pemandu. Agak padat bersama dengan beg-beg ahli jemaah.

(7)Setelah berhenti sebentar di rumah makcik Diki untuk bersarapan dan menyelesaikan keperluan-keperluan asasi kami bertolak ke Aceh Tenggara. Jalan yang dilalui pada mulanya di kawasan bandar kemudian kami memasuki kawasan pergunungan. Jalan dilalui amatlah kecil, banyak berlubang-lubang, berliku-liku dan melalui curam yang dalam di pinggir pergunungan. Keadaanya seperti nak ke Cameron Highland cuma jalan lebih kecil dan banyak berlubang. Oleh sebab tu kenderaan tidak boleh dipandu laju sekitar 30-40 km/jam.

(8)Jalan tersebut berlubang-lubang disebabkan oleh banyak lori-lori besar yang melalui jalan tersebut membawa muatan hasil tanaman seperti jagung, beras, balak, dan sawit.

(9)Daerah yang dilalui sebahagian besar adalah kawasan Karo dan didiami oleh orang-orang Batak. Mengikut sejarah orang Batak adalah orang hutan yang beragama animisma. Misionaris-misionaris kristian telah membuat usaha ke atas mereka sehingga dgn izin Allah hampir keseluruhan mereka beragama Kristian. Orang-orang Batak juga terkenal dengan kekasarannya dan memakan manusia.

(10)Sepanjang perjalanan di kiri kanan penuh dengan rumah-rumah, ladang-ladang jagung dan gereja-gereja dan kubur-kubur kristian. Tiada tanda-tanda Islam seperti Masjid, perkuburan islam, kedai makanan orang Islam kecuali sangat sedikit.

(11)Kami berhenti di satu tempat yang ada kedai makan islam dan surau yang diusahakan oleh orang Jawa. Setelah selesai kami meneruskan perjalanan hinggalah tiba di Aceh Tenggara. Masa yang diambil hamper 9 jam daripada Medan ke Desa Lawe Loning Hakhapan. 

(12)Di kawasan Aceh Tenggara jalannya agak lebih baik dan lurus. Penduduk di Desa Lawe Loning Hakhapan terdiri daripada Kristian Batak Karo dalam 20% dan 80% orang Islam daripada bangsa aceh, jawa dan lain-lain.

(13)Surau yang kami duduk agak kecil dan dhaif. Kipas syiling ada satu dan kipas berdiri pun terpaksa dipinjam. Tandas ada tapi pintu sudah rosak, oleh sebab itu jika ada yang menggunakan tandas, seorang kena tunggu di luar untuk memastikan tidak ada yang masuk. Air yang digunakan adalah air gunung yang disalur menggunakan paip. Air tersebut tidak ditutup dan sentiasa mengalir. Walau bagaimana pun sebelum kami pulang, dengan izin Allah ahli Jemaah telah membaiki pintu tandas, membeli 2 kipas dan 2 extension.

(14)Setelah kami sampai Jemaah di bentuk dalam 5-6 orang untuk membuat dakwah rumah ke rumah, yang belum islam diajak masuk islam dan yang sudah islam diingatkan dan diajak untuk taat perintah Allah. Jemaah kami bergerak kawasan sekitar surau yang mana keseluruhannya orang Islam.

(15)Selepas Maghrib Prof Dr Nasoha memberikan ceramah tentang kerja amal maaruf nahi mungkar iaitu hak rukun islam pertama. Ramai orang-orang tempatan yang duduk dalam majlis tersebut.

(16)Program berjalan seperti biasa, selepas subuh ceramah daripada Prof Dr Nasoha, kemudian ahli Jemaah di pecahkan dalam kumpulan kecil serama dua hingga empat orang, pergi rumah ke rumah untuk buat dakwah kepada yang belum Islam diajak masuk Islam, yang islam diingatkan dan diajak taat perintah Allah selama 45 minit. Selepas itu sarapan dan mesyuarat, rehat selama sejam kemudian muzakarah tentang kerja amal maaruf nahi mungkar. Selepas muzakarah kami pergi dakwah lagi dalam kumpulan-kumpulan kecil pergi rumah ke rumah, kedai ke kedai, orang ke orang. Selepas itu Taklim menggunakan kitab Riyadhus Salihin sehingga setengah jam sebelum zohor. Selepas zohor ada muzakarah tentang 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman, kemudian makan tengahari. Selepas itu rehat sehingga asar. Selepas asar ceramah tentang kepentingan dakwah dan kemudian dakwah dibuat dalam satu atau dua Jemaah (5 ke 8 orang satu jemaah). Selepas maghrib ceramah dan selepas isyak ada Taklim atau muzakarah, kemudian makan malam dan tidur. Beginilah rutin program harian ketika kami mengikuti trip dakwah.

(17)Sepanjang berada di situ selama 2 hari pelbagai dugaan yang kami hadapi selain daripada surau yang agak daif. Orang Batak rata-rata memang melayan kami dengan kasar, dan marah-marah terutama perempuan-perempuan mereka. Tetapi ini tidaklah hairan tetapi yang sangat menghairankan adalah halangan daripada orang Islam sendiri. Ada satu ketika satu Jemaah di kejar dan dihalang oleh imam daripada mendakwahkan orang kristian kepada Islam. Jemaah tersebut menerangkan bahawa tidak ada masalah jika kita mengajak dengan baik tanpa paksaan. Pak Imam tersebut telah di jemput untuk sama-sama ikut dan tengok bagaimana mereka buat dan apa yang mereka cakap pada orang kristian. Tetapi Pak Imam tersebut tidak sedia untuk ikut. 

(18)Pada hari kedua selepas Asar kami didatangi oleh dua orang pemimpin masyarakat di situ dan berjumpa dengan Prof Dr Nasoha. Tujuan kedatangan mereka adalah secara halus hendak menyuruh kami berhenti daripada berdakwah pada orang kristian. Namun misi mereka gagal kerana Prof mengemukakan hujah-hujah tentang wajibnya kerja dakwah dibuat.

(19)Pada waktu maghrib kami didatangai oleh Imam daripada Masjid besar di situ dan selepas mengimami dan selepas doa beliau berucap. Dalam ucapan itu secara terang-terangan beliau meminta kami memberhentikan dakwah kepada orang bukan Islam atas alasan menjaga keamanan dan demi menghormati Pancasila yang mengariskan bahawa orang yang sudah ada agama tidak boleh didakwahkan. Allah buat mereka takut lantaran kesalahan mereka tidak membuat dakwah kepada orang-orang Kristian di sana. Tetapi bila misionaris Kristian berdakwah kepada orang Islam mereka membisu.

(20)Selepas Isyak pada hari Ahad malam, kami bertolak ke Danau Toba. Perancangannya kami akan ke satu Masjid di Pulau Samosi iaitu sebuah pulau di tengah Tasik Toba.

(21)Perjalanan melalui hutan dan rumah-rumah dengan keadaan jalan yang kecil dan berlubang-lubang.. Kami sampai di Pulau Samosi dan solat subuh di sebuah rumah makan yang menyediakan tempat solat.

(22)Kemudian kami bergerak ke Masjid yang terletak di belakang Pusat Kesenian Danau Toba, di situ kami bermesyuarat untuk menentukan aktiviti pada pagi tersebut. Selesai mesyuarat, jemaah kami di pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil (2-3 orang) untuk membuat dakwah selama 45 minit, yang belum Islam diajak masuk Islam dan yang dah Islam diingatkan dan diajak taat perintah Allah.

(23) Kawasan disitu adalah kawasan pelancongan jadi banyak resort, chalet dan kedai-kedai. Jadi kumpulan-kumpulan kecil kami bergerak daripada rumah ke rumah, kedai ke kedai dan berjumpa orang dijalanan. Rupa-rupanya populasi di situ hampir 95% atau lebih adalah orang Batak Kristian dan hanya 5% atau kurang adalah orang Islam. Kami mendapat tentangan yang hebat daripada orang-orang disitu. Kami dimarah, ditengking, dijerit, diejek, digelar terroris oleh penduduk disitu. Kedatangan kami tidak disenangi oleh orang-orang disitu. Walau bagaimanapun kami teruskan sehingga habis 45 minit. 

(24)Selepas habis dakwah kami sarapan dan tidur untuk berehat selama 2 jam. Selepas itu kami mengadakan mesyuarat dan pada waktu itu kami didatangi oleh 3 orang, satu pengerusi Masjid, ketua kampong dan ketua polis di situ. Kami telah dimaklumkan oleh ketua kampong tersebut bahawa disitu penduduknya adalah majoriti Kristian dan mereka tidak suka kami mendakwahkan mereka kepada Islam. Jadi untuk menjaga keamanan disitu kami secara terhormatnya diminta keluar dari Pulau Samosi. Kemudian kami mesyuarat dan Prof Dr Nasoha memutuskan untuk berpindah ke Parapat, Danau Toba iaitu di seberang tasik selepas waktu mesyuarat. 

(25)Kami menaiki feri bersama dengan kereta. Pemandangan disitu amat cantik sekali dan perjalanan ke Parapat lebih kurang dalam satu jam. Selepas sampai di Parapat kami ke Masjid Raya dan solat zohor disitu. Selepas itu satu utusan telah dihantar untuk berjumpa dengan pengerusi Masjid bagi memohon keizinan untuk membuat aktiviti di Masjid dan bermalam di Masjid. Walau bagaimanapun pengerusi tidak mengizinkan untuk kami membuat apa sahaja aktiviti dan tidak boleh bermalam di Masjid itu. 

(26)Setelah makan kami membuat keputusan untuk tinggal di rumah tumpangan yang dimiliki oleh seorang perempuan Batak Kristian. Rumah beliau di bahagian atas diubah suai untuk disewa kepada pengunjung-pengunjung di situ. Kami menyewa 3 bilik, dan semua aktiviti solat, taklim, muzakarah, dan kuliah di buat disitu. 

(27)Selepas asar kami dipecah-pecah kepada kumpulan kecil dan membuat dakwah disekitar kawasan tersebut. Penduduk disitu adalah 80% Batak kristian dan 20% adalah Islam. Bila kami buat dakwah disitu keadaan sama juga, kami diberi tentangan yang hebat. Ada yang marah, diejek, dijerkah dan lain-lain. Tapi agak kurang berbanding di Pulau Samosi. Selepas 45 minit kami pulang dan meneruskan aktiviti lainnya di rumah tumpangan tersebut. 

(28)Pada malam itu selepas kami makan dan tidur, kami didatangan oleh 2 orang polis yang beragama Kristian. Mereka telah menyoal siasat wakil kami daripada Bengkulu iaitu Pak Ghafar. Beliau telah menerangkan dengan cara yang baik apa aktiviti yang kami lakukan di situ. Beliau memberi tahu kami mengajak orang-orang disitu masuk Islam dengan cara baik tanpa ada paksaan, dan mengingatkan orang Islam tentang Kalimah dan mengajak mereka taat perintah Allah. Polis itu tidak membuat apa-apa tindakan.

(29)Pada keesokan harinya selepas kuliah, kami meneruskan dakwah dalam kumpulan kecil seramai 2 orang dan maksimum 3 orang. Prof Dr Nasoha menyuruh kami tidak memakai songkok atau kopiah supaya tidak terlalu obvious kehadiran kami, dan menyuruh kami melakukan dakwah di kawasan yang agak jauh sebab di kawasan dekat-dekat sudah didakwah pada petang semalamnya. Jadi kawasan-kawasan disitu sudah agak panas. 

(30)Ketika dakwah keadaan pun lebih kurang sama, ada yang mendengar, ada yang marah, ada yang pelik melihat kami dan pelbagai lagi ragam. Kami meneruskan dakwah hingga habis 45 minit, kemudian kami pulang dan bersarapan. Selepas sarapan kami bersiap untuk bertolak ke Medan.

(31)Jemaah kami berpecah, yang daripada Bengkulu mereka meneruskan perjalanan ke Selatan Sumatera dan kami ke Utara untuk ke Medan. Keadaan jalan disitu agak cantik, lurus dan tidak berlubang-lubang. Perjalanan kami mengambil masa dalam 4-5 jam untuk sampai ke Medan. Sebelum pulang kami sempat makan tengahari di Rumah Makan Garuda yang terkenal di seluruh Indonesia

(32)Setelah kami pulang Diki pulang ke kampungnya. Dia telah di cari oleh orang-orang kampungnya dan polis yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Mereka marah kerana telah membawa kami ke kampungnya. Ibu Diki telah menyuruh Diki untuk melarikan diri, dia telah dikejar oleh orang-orang kampong dan dibaling batu. Beberapa batu telah mengenai badannya. Diki telah lari ke kebun, kemudian ke hutan dan akhirnya ke Medan. Dia juga tidak dibenar untuk tinggal di rumah makciknya di Medan kerana bimbang dicari oleh polis. Beliau telah mengadu kepada kami dan usaha telah dibuat agar beliau dapat datang ke Malaysia. Segala puji bagi Allah, Diki telah tiba di Malaysia pada 21/2/2013, Khamis. 

Selesai ditulis oleh Dr Abdul Samad B. Shibghatullah pada 24/2/2013. — at Greenwood

No comments:

Post a Comment